"mari renungkan bersama..adakah kita terdiri daripada orang yang  riya'...sekiranya ada..bertaubatlah dan kembalilah kepada  allah..sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka.
tersebutlah  kisah di sebuah tempat,terdapat seorang pemuda yang menuntut ilmu  daripada seorang ilmuan.....setelah beberapa tahun,akhirnya tibalah  masanya untuk beliau mengakhiri pengajiannya dan perlu menempuh satu  ujian yang terakhir.... apabila tiba waktu yang dijanjikan,maka  bertemulah pemuda tersebut dengan gurunya itu....
" ujian  yang terakhir untuk kamu ialah kamu dikehendaki mencari makhluk Allah di  muka bumi ini yang lebih rendah martabatnya jika hendak dibandingkan  dengan kamu.kamu hanya diberi 3 hari sahaja untuk memberikan  jawapannya..." 
maka pemuda itu pun berjalan-jalan di kota.
lalu  beliau terjumpa seorang lelaki yang sedang mabuk.....dia  terfikir...mungkin inilah jawapannya...lelaki ini sering mabuk dan tidak  menunaikan kewajipannyan terhadap Allah,sudah pastilah martabatnya  lebih rendah dari aku......lalu dengan senang hati,beliau pun pulang ke  rumah kerana telah mendapat jawapan.... 
setelah selesai solat  isyak dan solat sunat...beliau pun berbaring2 di katil sambil memikirkan  jawapannya itu....."tidak,lelaki itu bukanlah orang yang lebih rendah  martabatnya dari aku kerana aku tidak tahu mungkin satu hari nanti,  Allah akan bukakan pintu hatinya dan dia menjadi seorang yang lebih  beriman daripada aku...sedangkan aku sendiri tidak pasti akan nasibku  kelak...adakah akan mati dalam keadaan beriman atau tidak....." 
keesokannya beliau berjalan-jalan lagi untuk mencari jawapan.....
lalu,  beliau terserempak dengan seekor anjing kurap yang sangat dhaif  keadaannya......beliau berfikir," mungkin inilah jawapannya.anjing  merupakan najis mughallazah ...lihat sahaja keadaannya yang tidak bersih  itu.....pasti inilah makhluk yang lebih rendah martabatnya daripada  aku........ 
seperti biasa,selepas menunaikan solat  isyak,beliau berbaring2 sambil memikirkan jawapannya...."tidak.anjing  itu bukan jawapannya kerana apabila ia mati kelak,ia akan terus habis di  situ sahaja...ia tidak akan disoal mengenai tanggungjawab dan  amanah.....apabila memikirkan yang dia masih belum menemui jawapan, dia  bangun lalu menunaikan solat malam , memohon petunjuk dari Allah SWT. 
apabila tiba hari yang ditetapkan, maka bertemulah pemuda itu dengan gurunya......"Apakah jawapanmu wahai pemuda?"...."
sesungguhnya  makhluk yang paling rendah martabatnya adalah saya sendiri...." guru  itu lalu tersenyum dan berkata "kamu lulus ujian ini..." 
ingatlah,  kita perlulah sentiasa bersangka baik dan tidak bersifat .a' terhadap  ilmu yang kita miliki.....kerana kita tidak pasti akan kehidupan kita di  masa akan datang...jika semua manusia berperanan seperti pemuda ini,  nescaya amanlah dunia ini tanpa perselisihan pendapat sesama  manusia....... 
wallahualam bissowab......
 
 
No comments:
Post a Comment