Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkahtu ...semoga kalian dalam lindungan allah...sedang sibuk mmbuat kerja,ana terbuai dengan satu lagu nasyid yang ana kira agak menarik.Penuh maksud mendalam.Sejenak ana terpikir tentang suatu isu yang sudah lama diperbincangkan dan masih lagi disebut-sebut dibibir para mahasiswa/i Al-azhar umumnya.
 aiskrim coklat(sekadar gambar hiasan)
aiskrim coklat(sekadar gambar hiasan)Perkahwinan ketika belajar?Ada macam-macam pendapat yang ana terima.Susah,seronok,membebankan,bahagia dan ada pula yang mengatakan tidak sesuai.Hakikatnya pada ana,semuanya bergantung pada keadaan dan situasi seseorang.Suatu individu dengan individu yang lain tidak sama.Justeru itu,pada asasnya perkahwinan itu disyariatkan bagi umat islam tetapi secara khususnya berubah menjadi 5 bahagian mengikut situasi dan keadaan.Ada keadaan yang boleh menyebabkan haram,sunat,makruh,harus dan wajib.
Haram bagi sesiapa yang melalui perkahwinannya itu akan terjadinya kezaliman kepada pasangan.
sunat   bagi sesiapa yang mampu dari segi zahir dan batinnya serta  berkeinginan  untuk berkahwin tetapi masih dapat mengawal diri dari  melakukan perkara  haram.
Makruh   bagi sesiapa yang dari perkahwinannya itu dibimbangi dia tidak mampu   memberi nafkah kepada isteri dari segi zahir ataupun batin.
Harus bagi sesiapa yang mampu dari segi zahir dan batin tetapi tidak pula berkeinginan untuk berkahwin
Wajib   bagi sesiapa yang mampu dan berkeinginan untuk berkahwin dan  dibimbangi  akan berlakunya perkara haram andai dia tidak berkahwin.
Dalam   kitab fiqh manhaji pula membahagikan kepada sunat,sunat   meninggalkannya(makruh dan melakukannya khilaful aula),makruh,afdhal   tidak berkahwin dan afdhal berkahwin.
Tidak   ada bukti yang jelas dan kajian yang terperinci menunjukkan  perkahwinan  itu menyebabkan terhalangnya mahasiswa dan mahasiswi untuk  belajar dan  berjaya dalam peperiksaan.Sedangkan ratusan mahasiswa dan  mahasiswi yang  masih bujang tetapi gagal dalam peperiksaan dan tidak  menghadiri kuliah  atau kelas-kelas talaqi.Belajar tidak akan pernah  habisnya sehinggalah  jasad berpisah dengan roh.Maka perkahwinan layak  bahkan tidak  menyusahkan untuk bergerak seiring dengan  pembelajaran.Urusan hal rumah  tangga hendaklah diuruskan bersama dan  bukan meletakkan urusan keluarga  hanya pada sebelah pihak sahaja.Gagal  memahami tanggungjawab dan  membahagikan masa dengan baik adalah faktor  utama kegagalan dalam  pembelajaran bukan pada perkahwinan itu.Ramai  sahabat-sahabat ana yang  mendirikan rumah tangga ketika belajar tetapi  beroleh kejayaan yang  cemerlang bahkan lebih baik dari ana.
Perkahwinan   itu adalah satu ibadah.Satu ibadah itu tidak akan mengganggu ibadah   yang lain.Ada hikmahnya allah tidak mewajibkan secara mutlak bagi umat   manusia untuk berkahwin,tetapi amat-amat menggalakkan semua umatnya   untuk memilih jalan ini.Secara mudahnya,bagi yang sudah bertemu pilihan   hati lebih baik berkahwin dari terus melakukan dosa ataupun  menghentikan  perbuatan tersebut.Couple itu haram tetapi bercinta itu  tidak haram.Ana  tidak mahu menerangkan secara panjang lebar apa itu  couple dan cinta  yag bagaimana yang dihalalkan syara'.Sudah pasti para  pembaca lebih tahu  dan faham tentang dua perkara ini.Bagi yang belum  bersiap sedia dengan  tanggungjawab yang bakal dipikul,elakkan dari  melakukan perkara yang  bertentangan dengan syariat..bg ana..Masih  banyak tanggungjawab  yang ana perlu selesaikan sebelum melangkah ke  alam perkahwinan.Soal  jodoh itu ana serahkan kepada allah yang lebih  layak menentukan siapa  dan bilakah waktunya.
Kesimpulan,semua   mahasiswa dan mahasiswi mempunyai potensi untuk berjaya tidak kira  sama  ada yang masih bujang atau yang telah mendirikan rumah  tangga.Semunya  terletak pada diri masing-masing.Pada hakikatnya  perkahwinan bukan satu  alasan untuk menghalang berjayanya seorang  mahsiswa/i.Bahkan itu lebih  banyak manfaatnya andai mahasiswa/i dapat  menggunakan peluang yang ada  dengan sebaiknya.
Mahar cintanyanyian:devotees
Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap,
Pasti dirimu kan memamahi,
Harapan kasih yang terbina sekian lama,
Disudut hatiku,
Hanyalah untukmu...
***Bukanlah aku sengaja,
melindungi rasa dijiwa,
Namun bimbang diri kan terleka,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah,
Hingga terabai segala cita,
Sedang khayalan tak menjanjikan,
Segunung kebahagian,
Sebagai mahar hantaran....
Apakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
Bukanlah sekadar mainan,
Tetapi sebuah janji...
ulang ***
Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau bisa mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terungkap,
Pasti dirimu dapat melihat,
Rahsia kasih yang terpendam,
Sekian lama disudut hatiku,
Hanyalah untukmu,..
selamanya....
wallahualam....
 
 
No comments:
Post a Comment