Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH "ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ"***
"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah
Itulah dia Cinta.."
"Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun  jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa  lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa  menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada  cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan  keledai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan.."
**DIPETIK DARI FILEM "KETIKA CINTA BERTASBIH (1)"***
Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg sentiasa tidak  tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi. Hanya  DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.
Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg  diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada  yg  bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja, terutama  golongan remaja.
Pelbagai ragam disaksikan oleh seluruh dunia, akibat penangan cinta  yg diibaratkan api menyala-nyala, yg mana lagi disimbah, lagi marak ia  menyala.  Sehubungan itu, utk memadamkannya terus pasti sesuatu yg  mustahil utk dilakukan.
Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA tidak akan  menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan  kepada fitrah ini.
Sebagaimana diketahui, nyalaan api memang membahayakan jika  dibiarkan, namun jika dikawal dan diekploitasi dgn baik, berbahaya akan  bertukar menjadi bermanfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan  badan, atau untuk dijadikan tempat memanggang.
Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya adalah sunnah  Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan.  Kerana hanya kahwin  dapat membendung fitrah ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.
Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk mendapatkan cinta yg halal  itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar tidak terpesong dek  desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam memperindahkan  maksiat kpd Al-Khaliq SWT.
Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam mendapat  keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan  berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah:
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ  النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ  سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن  تَقُولُواْ
قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ  حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ  مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ  حَلِيمٌ
"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu  dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka)  dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka,  dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka  secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan  yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad  nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah  mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan  ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."
Walaupun ayat ini, diturunkan bagi penerangan cara melamar dan  mengahwini wanita yg masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau  mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta  halal yg diredhaiNYA sentiasa.
Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yg  perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg  terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia  (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:
(1)  Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik
(2)  Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.
(3)  Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan  perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian  dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku  berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata  kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat  dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan,  perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan  pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah  penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan  dariNYA.
Dinasihatkan dalam sebuah athar :
ما خاب من استخار ولا ندم من استشار 
Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta  petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat,  At-Tabrani, 6/365)
Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan  dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka InsyaAllah di  sana akan ada petunjuk terbaik.
Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana 
"Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya.."
Tentang jawapan atau petunjuk Istikharah, tidak menjadi kemestian  melalui mimpi atau sebarang petunjuk tertentu, dan  kadang-kadang/kebanyakan petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling  tepat kerana kita bukanlah seseorg yg bersih hatinya, dan kemungkinan  mimpi kita telah diganggu oleh Syaitan untuk memayahkan kita dengan  jawapan itu.
Justeru, apa yang dianjurkan adalah istikharah diteruskan sehingga  ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan, dan jawapan sebenar kepada  istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dengan si dia, tanpa ada  sebarang halangan di tengah-tengah jalan.
Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yg bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.
(1)  Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.  Dan teruskan  istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA.  Hikmahnya adalah TIADA  RUGI..
(2)  Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.
(3)  Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.
Wallahu'alam..
Kesalahan yg biasa dilakukan oleh dua pasangan dalam istikharah, di  sini ditegur dan disyorkan penyelesaian seikhlasnya utk kedua-dua, sama  ada lelaki atau perempuan:
(1)  Sekiranya hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan (dan dia  merasakan ini jawapan) pada hati kepada salah seorg, maka dinasihatkan  memberitahu kpd pasangan dengan sebaik mungkin, dan diberhentikan..dalam  masa yg sama istikharah diteruskan.
(2)  Jika didapati jawapan adalah positif, maka digalakkan  disegerakan perkahwinan berserta diteruskan lagi istikharah, agar tiada  masalah di sepanjang pelaksanaan.
(3)  Jika belum mendapat apa-apa kepastian jawapan, maka digalakkan meneruskan istikharah dengan lebih istiqamah.
Adalah menjadi kesalahan dan satu kesilapan besar apabila  masing-masing membuat istikharah dan mendapat jawapan, tetapi menyatakan  "Saya sudah melaksanakan istikharah, dan jawapannya tidak boleh  diberitahu (dirahsiakan), cukuplah saya dan Allah sahaja yg  mengetahuinya".
Kenapa kenyataan ini salah, walaupun seolah-olah jika kita perhatikan mempunyai unsur-unsur pergantungan yg tinggi kepada Allah?
Betul! pergantungan kepadaNYA begitu tinggi (hablun minallah memang  hebat), tetapi ke mana pergi hablun minan nas. Tidakkah dengan jawapan  "gantung tidak bertali" ini akan menyebabkan pihak yg sedang menunggu  jawapan, tertunggu-tunggu.  Dan ternanti-nanti, malah menyebabkan  fikiran pihak itu terganggu dalam segala urusan, hati pihak itu juga  tidak akan tenang.
Alangkah baiknya, jika berterus terang.
قل الحق ولو كان مرا
(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah ini memadai utk  menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan jujur,  banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.
Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS TERANG dan JUJUR..
Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang mengalami masalah  ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta ini.  Tiada cinta  yg sebenarnya kecuali hanya selepas dihalalkan dengan ikatan  pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan mental dan fikizal amat  penting.
Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia  dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, bukan sekadar  mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.
Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh,  adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg  hanya bakal menghanyutkan.
Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal, kerana dibimbangi  KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita berkahwin kelak.   Memang alunannya mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah  kahwin, alunan ini akan bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan  telinga.
Kerana percayalah, modus operandi Iblis dan konco-konconya hanyalah  mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan serta  memburukkan ibadah.
Akhirnya, nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini,  mulakan dengan ISTIKHARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan "nama  si dia" tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA "
jodoh terbaik untukku"..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak,  fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia,  jangan sesekali bermain "api".
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih  belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik  dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan keredhaannya  semata-mata.
Satu analogi utk seseorg yg bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
"Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada mulanya adalah  persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk  melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut.   Seterusnya, nakhoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu  pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar  dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya  berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua.  Yang pasti setiap  bahtera berlainan nakhoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai  peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan  ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini.."
"jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam,  jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum tetap pendirian  serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg  menanti dgn 1001 warna kehidupan.."
Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA itulah kunci segala-galanya..
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU,  kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja  mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama  kecintaan itu..