 
 Diriwayatkan bahawa pada zaman  Rasulullah s.a.w, Umar Ibnu Khattab salah seorang sahabat terdekat  Rasullulah s.a.w menangis di depan pintu salah seorang isteri  Rasullulah, yang didalamnya ada Rasulullah s.a.w. Mendengar suara Umar  Ibnu Khattab berada di luar, maka Rasulullah s.a.w segera keluar dan  bertanya kepada Umar Ibnu Khattab, “Hai Umar kenapa engkau menangis?”
Kemudian Umar menjawab: “Wahai Rasulullah, bersamaku ada seorang pemuda yang telah membuat hatiku sedih dengan tangisnya.”
Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Umar  agar membawa masuk anak muda tersebut ke dalam. Atas perintah tersebut,  Umar Ibnu Khattab lalu mengajak pemuda yang datang bersamanya sambil  keduanya tetap menangis.
Pemuda itu disuruh duduk di depan  Rasulullah s.a.w dan Umar Ibnu Khattab duduk di sebelahnya. Rasulullah  s.a.w kemudian bertanya: “Hai pemuda, kenapa engkau menangis?”
Pemuda itu menjawab sambil tetap menangis: “Wahai Rasulullah, dosaku sangat besar dan aku takut Allah memurkaiku…”
“Apakah engkau telah menyekutukan Allah dengan sesuatu?” tanya baginda s.a.w.
“Tidak, ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil tetap menangis.
“Apakah engkau telah membunuh seseorang dengan alasan yang tidak benar?” Rasulullah s.a.w kembali bertanya.
“Tidak ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil terus menangis.
Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh, dosamu sebesar apa pun, Allah akan mengampuninya, sekalipun memenuhi langit dan bumi.”
“Sungguh dosaku lebih besar dari itu, ya Rasul,” sahut pemuda itu.
“Apakah besar dosamu melebihi Arasy? Besar mana dengan Arasy?” tanya baginda s.a.w lagi.
“Dosaku sangat besar, ya Rasulullah.”
“Lalu besar mana dosamu dengan keagungan, ampunan, dan rahmat Allah?” tanya Rasulullah s.a.w.
“Tentu keagungan, ampunan, dan rahmat  Allah lebih besar. Tetapi dosaku sangat besar, ya Rasulullah” jawabnya  diantara esakan tangisan.
Kerana kurang mengerti maksud pengakuan  dari pemuda itu, akhirnya Rasulullah s.a.w mendesaknya, “Cuba katakan  dosa apa yang pernah kau perbuat?”
“Aku malu menyebutnya, ya Rasulullah…” kata si pemuda itu.
Kerana Rasulullah s.a.w terus mendesak  pemuda itu untuk mengatakan dosanya secara jujur. Maka dengan perasaan  malu dan takut, pemuda itupun menceritakan dosa yang dilakukannya.
“Wahai Rasulullah, aku ini seorang  penggali kubur, sejak tujuh tahun lalu. Hingga meninggalnya puteri dari  seorang sahabat Ansar. Melihat kecantikan dan kemontokan tubuhnya, nafsu  berahiku memuncak. Setelah kuburan sepi, ku bongkar kuburnya dan ku  telanjangi mayat gadis itu. Setelah ku cumbui, nafsu berahiku tak dapat  ku tahan, lalu ku setubuhi. Ketika itu mayat gadis itu (diizinkan Allah)  berkata, “Tidakkah kau malu kepada Allah, pada hari Allah menghukumi  orang-orang berbuat zalim, sementara engkau menelanjangiku dan  menyetubuhiku diantara orang-orang yang telah mati. Engkau membuatku  dalam keadaan junub dihadapan Allah!”
Mendengar pengakuan dari si pemuda itu,  Rasulullah s.a.w segera bangkit berdiri dan meninggalkannya, seraya  berseru: “Hai pemuda fasik, pergilah! Jangan engkau dekati aku!  Nerakalah tempatmu kelak!”
Pemuda itu pun segera keluar  meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w seraya menangis. Dia berjalan dengan  arah tak menentu keluar kampung. Sampailah dia di padang pasir yang  luas lagi panas. Tujuh hari lamanya ia tidak makan dan minum kerana  penyesalan dan kesedihan yang sangat mendalam hingga lemahlah keadaan  tubuhnya tak kuasa lagi berjalan, lalu kemudian jatuh tersungkur di  tempat itu. Di atas pasir ia bersujud kepada Allah, lalu berdoa dan  memohon ampunanNya dalam tangisnya.
“Ya Allah, aku adalah hambaMu yang telah  berbuat dosa besar. Sekarang aku datang ke pintuMu, agar Engkau  berkenan menjadi penolongku disisi kekasihMu. Sungguh Engkau Maha  Pemurah kepada hamba-hambaMu dan tiada tersisa harapanku kecuali  kepadaMu. Ya Allah Tuhanku, sudilah menerima kehadiranku, kalau tidak  datangkanlah apiMu dari sisiMu, dan bakarlah tubuhku dengan apiMu di  dunia ini, daripada Kau bakar tubuhku di akhirat nanti.”
Setelah itu Malaikat Jibril a.s datang  kepada Rasulullah s.a.w. Usai menyampaikan salam dari Allah, Jibril a.s  berkata: “Wahai Muhammad, Allah s.w.t bertanya kepadamu, “Apakah engkau  yang menciptakan makhluk?”
“Bahkan Dialah yang menciptakan diriku dan mereka,” jawab Rasulullah s.a.w.
“Apakah engkau memberi rezeki kepada mereka?” tanya Jibril a.s.
Rasulullah s.a.w menjawab: “Bahkan Dia memberi rezeki padaku dan mereka.”
“Apakah engkau menerima taubat mereka?” tanya Jibril a.s untuk kali yang sekiannya.
“Bahkan Dia yang berhak menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya” ujar Rasulullah s.a.w.
Jibril a.s lalu berkata, Allah berfirman  kepadamu; “Telah datang kepadamu seorang hambaKu dan dia menerangkan  satu dosa dari beberapa dosanya, maka kamu berpaling (marah) kepadanya  daripada dosanya, maka bagaimana keadaan orang-orang mukmin kelak,  apabila mereka datang dengan dosa yang banyak lagi besar ibarat gunung  yang besar? Engkau adalah utusanKu yang Aku utus sebagai rahmat untuk  seluruh alam. Maka jadilah kamu orang yang sayang menyayangi pada semua  orang yang beriman, menjadi penolong bagi orang-orang yang telah berdosa  dan memaafkan ketelanjuran dan kesalahan mereka (hambaKu); kerana  sesungguhnya Aku telah mengampunkannya (menerima taubatnya) dan  dosanya.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus  beberapa orang sahabat, maka mereka temui pemuda tersebut lalu  memberikan khabar gembira kepadanya dengan maaf dan ampunanNya. Lalu  mereka membawa pemuda tersebut berjumpa Rasulullah yang mana ketika itu  beliau (Rasulullah) sedang menunaikan sembahyang Maghrib, dan merekapun  bermakmum di belakangnya.
Ketika Rasulullah s.a.w. membaca surah  Al Fatihah yang dilanjutkan dengan surah At-Takaatsur (Al  Haakumuttakaatsur), sesampai baginda membaca ‘Hattaa Zurtumul Maqaabir’  (Kamu telah dilalaikan sehingga kamu masuk kubur), maka berteriaklah  pemuda itu dengan keras sekali langsung jatuh. Ketika mereka selesai  sembahyang, mereka dapati pemuda itu telah meninggal dunia.  Mudah-mudahan Allah Taala membelas kasihaninya.
Dipetik dari kitab Misykatul Anwar...
akhi shah - 11/9/2011        1:35am 
 
 
No comments:
Post a Comment