Imam  Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab  itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain  tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang  bergelar "hujjatui Islam".
-Abu  Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di  Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah  menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai  cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi  menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam  yang terulung.
Kecintaannya  terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya  menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk  berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di  Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.
Walaupun  telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada  ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan  jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah  sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana
Selain  belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan  beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu  pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan  sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah  hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.
Antara  kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua  Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus  Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku  tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal  (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah),  Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan),  Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah  (Tujuan Falsafah).
Meskipun  Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak  dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis  menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah.  Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut  Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku  tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk  menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah.  Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah  tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.
Biarpun  tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap  falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi  perlu diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap  falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini  kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan  penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta  membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.
Kalau  menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa  beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan  kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang  senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al  Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan  persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.
Menurut  Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan  ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika.  Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula  sangat berlawanan dengan agama.
Namun  begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu  pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak  menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu  matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak  boleh dinafikan selepas ia difahami.
Cuma  bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan  yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik  sehingga boleh menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan  ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh  akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logik  tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu  berpegang kepada logik, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara  yang berhubung dengan ketuhanan atau metafizik.
Sebab  itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang cuba  mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran  daripada ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam  seperti Ibnu Sina dan al-Farabi jelas terpengaruh akan idea pemikiran  falsafah Aristotle. Maka tidak hairanlah ada antara pandangan ahli  falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh menyebabkan  kesesatan dan syirik.
Terdapat  tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat  bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui  Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran  terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.
Al-Ghazali  tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan  penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan  bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan  keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam  terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu  pengetahuan bukan sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga  perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali  menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-Quran  sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal  semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah  memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah  dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekali gus  menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli  falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan  hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim  digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali  bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi  kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan  tersebut. Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah  al-Quran itu sendiri.
 

 
No comments:
Post a Comment