Dr.  Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang  disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan  lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.
Seterusnya  dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang  sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115  kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup  145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32;  Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.
Apakah semua ini kebetulan?
Lebih  menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan  sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah  disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya  oleh seluruh manusia.
Orang  yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu  berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang  menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang  Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.
Tidak  mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau  wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam  perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia  pilihan-Nya?
Di  sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui  maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui  tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak  mengetahui rahsianya.
Rahsia  al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T.  Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat  yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi  rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan  sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar  selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.
Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Nur itu?"
Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."
Kemudian  ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak  lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal).  Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini  merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati  kematian sebelum tibanya kematian itu."
Abdullah  bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata  banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang  dicampakkan oleh
Allah ke dalam hati seseorang."
Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al Quran merupaka penghubungnya.
Dizaman  keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke  Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada  zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah  mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya  ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.
Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran.
 
 




 
No comments:
Post a Comment