Hati itu ibarat raja.
Ia memiliki tentera. 
Siapakah tentera hati?
Mereka adalah mata, lisan dan perasaan.
Jadi, jika kita ingin tahu hati kita bagaimana rupanya, maka lihatlah tenteranya.
"Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada segumpal daging yang apabila dia baik maka akan baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka akan buruklah seluruh jasad. Itulah hati.”
[HR. Bukhari dan Muslim]
Dan Allah SWT mengajarkan juga kepada kita bahawa orang yang buta itu bukannya buta pada mata sebenarnya,
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada."
[QS Al-Hajj, 22:46]
Dan Rasulullah SAW juga mengingatkan kita bahawa,
"Allah tidak memandang pada rupa-rupa dan harta-harta kalian, tetapi Dia memandang pada hati-hati dan amal-amal kalian."
[HR. Muslim]
Jika  objek pandangan manusia adalah pakaian yang kita pakai, kenderaan yang  kita guna, warna kaca mata atau style rambut, maka objek pandangan Allah  adalah hati dan keadaannya.
Jadi, berhati-hatilah!
Jika  objek pandangan manusia adalah sesuatu yang kita sering perhatikan agar  ianya selalu dalam keadaan yang terbaik dan terbagus, kenapa  kadang-kadang kita terlalu sanggup untuk membiarkan objek yang dilihat  oleh Allah itu kekal dalam keadaan yang kotor lagi hina?
Di  saat manusia sedang terbuai dengan melihat keadaan diri kita yang  indah, tetapi dalam pada masa yang sama Allah melihat segala kehinaan  yang kita sembunyikan.
Sehingga kita hanya menghias apa yang dilihat manusia, pada saat yang sama kita melupakan apa yang diperhatikan oleh Allah.
Maka, lihatlah kembali hati kita di mana sebenarnya?
Kerana ia adalah objek yang dilihat oleh Allah pada diri kita.
"Wahai Pembolak-balik hati, tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu!"
[HR Tirmidzi dan Ahmad]
Ayuh! Bersihkan dia! Cantikkan dia!
Kalau  kita sanggup untuk berdiri di hadapan cermin selama 20 hingga 30 tahun  untuk memikirkan macam mana mahu mencantikkan diri kita dan melupakan  tentang kebersihan hati kita, maka bermula dari sekarang kita harus  memikirkan bagaimana pula mahu berbuat hal yang sama untuk hati kita.
Jangan  lupa untuk menghiaskan dia. Bersihkan ia daripada noda, kotoran, hasad,  dengki, mencintai syahwat yang telah mengusainya selama sepuluh atau  lima belas tahun, dan sebagainya.
Akhi Shah...4.30pm - 24/10/2011 
 
 
No comments:
Post a Comment