Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...buat sahabat-sahabat ana  sekelian..semoga dalam keadaan sihat walafiat & dalam rahmat Allah  taala selalu...
Dengan kelapangan masa yang ada &  sedikit ruang masa yang ana ada..ana ingin kongsi sedikit ilmu tentang  ikhtilat ( pencampuran ) antara lelaki & wanita yang ajnabi..yakni  mereka yang halal berkahwin..terus pada point ana..
Apa yang kita faham tentang konsep ikhtilat??apa hukum berikhtilat??
ikhtilat  secara umumnya membawa maksud : percampuran diantara dua jantina  disatu-satu tempat.ikhtilat ini adalah satu perkara yang sering berlaku  dalam kehidupan seharian kita,ia boleh berlaku samada di pasar,jalan  raya,ketika bersolat di masjid.ketika sedang tawaf di Kaabah,ketika  wukuf di Arafah,ketika melontar di Jamrah & lain-lain lagi...
Ikhtilat pada asalnya dibolehkan oleh syara’, tetapi dengan beberapa syarat. Jika tidak, maka
sulitlah  kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kita perlulah membezakan  antara ikhtilat yang dibenarkan oleh syara' dan khulwah (khalwat) yang  diharamkan..
Ikhtilat, sebagaimana yang telah kita  sebutkan tadi, hukum asalnya adalah mubah (harus) bagi memudahkan  kehidupan manusia. Tiada halangan padanya kecuali jika ia membawa kepada  perkara yang diharamkan oleh syara'..
KHULWAH ( khalwat ) :
Sementara  khulwah pula, ia bermaksud : percampuran antara lelaki dan perempuan  yang ajnabi (boleh dikahwini) di sesuatu tempat tanpa ditemani oleh  mahram perempuan tersebut. Hukum asal bagi khulwah ini adalah HARAM,  kecuali pada perkara yang dorurat. Tujuannya adalah untuk mengelak dari  berlakunya fitnah.
khalwat antara lelaki & wanita  adalah dilarang & haram hukumnya disisi syara'...khalwat xsemestinya  hanya berlaku bila keluar dating  berdua-dua antara lelaki &  perempuan,khalwat juga boleh berlaku dalam teknologi yang ada pada hari  ini..contohnya melalui chatting di fb,mesej,yahoo mesengger,twitter  & sebagainya...kenapa ana katakan demikian???sebab orang lain tidak  mengetahui apa yang kita bual,borak bila kita sedang chatting dengan  seseorang,dengan siapa kita berchatting,kita berbual??fitrah manusia  memang lebih suka berbual atau berchatting dengan berlainan  jantina,xperlulah kita nak menafikan ttg perkara ini..dengan teknologi  yang ada pada masa kini..kita tidak sedar yang kita sering melakukan  ikhtilat & khalwat yang jelas2 telah diharamkan oleh syara'...
cuba  kita faham sedalamnya maksud ikhtilat/khalwat??seringkali kita faham  bahawa ikhtilat berlaku bila keluar dating,bila berdua-duaan ditempat  sunyi...tidak ke terfikir bila kita berchatting,berbual di  fb,ym,berwebcam,mesej,tel & lain-lain lagi itu juga merupakan  ikhtilat??khalwat??cuba kita renungkan balik tentang perkara  ini...contoh kita tengok pasangan yang bercouple,walaupun ada yang  xpernah keluar dating,mesti hal-hal yang ana sebutkan td pernah  dilakukan...malah mgkin hampir setiap hari & setiap waktu...itu bagi  pasangan yang bercouple,tapi bagi seseorang yang ingin mencari  teman,mencari kawan melalui fb,ym & lain-lain lagi pun melakukan  perkara yang sama juga...dan ana yakin,fitrah manusia memang lebih  selesa berkawan dengan berlainan jantina,yang lelaki lebih suka  berkawan,berbual dengan perempuan & si perempuan pun lebih tertarik  & suka berbual dengan lelaki...dengan kemudahan canggih yang ada  sekarang ini..walaupun jauh dimata,walaupun melalui alam maya...sekejap  jer boleh menjadi dekat..contohnya webcam,setiap komputer pasti ada  webcam...melalui webcam,manusia blh berikhtilat tanpa sedar.dan  seringkali penggunaan webcam ini  digunakan dengan cara yang  salah,contohnya,mula-mula nak kenal,mintak on webcam sbb nak kenal  tuannya,lama-kelamaan menjadi 1 tabiat,yang si lelaki syok tengok si  perempuan & si perempuan pun sama juga,syok duk tengok kehenseman yg  pada si lelaki dan sebaliknya,sampai satu tahap ada ana terbaca dalam 1  artikel...berzina di alam maya...nauzibillahi min zalik..teknologi yang  ada sekarang,jika kita tidak menggunakan ia dengan cara yang betul,akan  membawa kita ke arah kebinasaan & tanpa kita sedar,kita sering  melakukan ikhtilat yang diharamkan oleh syara'..
seterusnya  ana ingin bentangkan syarat2 yg dibenarkan oleh syara' utk berikhtilat (  yakni dalam muamalat ),syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah :
1. Hendaklah perempuan tersebut memakai hijab dengan sempurna (Al-Hijab Al-Kamil), dan bagi lelaki pula, perlu menutup aurat.
Firman Allah swt :
"Hai  nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan  isteri-isteri orangmukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke  seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk  dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha  Pengampun lagi Maha Penyayang" ( Surah Al-Ahzab : 59 )
2. Pihak perempuan perlu menjauhi dari memakai minyak wangi atau perhiasan yang dapat dilihat walaupun telah memakai hijab.
Firman Allah swt :
 " dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka. . " ( surah an-nur :31 )
Sabda Rasulullah saw :
Maksudnya  :" Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian, lalu dia berjalan di  hadapansesuatu kaum dan kaum tersebut menghidu wangiannya, maka dia  telah berzina". ( hadis riwayat Tarmizi,An-Nasaie,Abu Daud,Ahmad &  Ad-Darimi )
3. Hendaklah terhindar dari berlaku persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi,
seperti berjabat tangan.
Firman Allah swt :
30."  Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka  menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu  adalah lebih Suci bagi mereka,Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa  yang mereka perbuat".
31." Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan kemaluannya..." ( surah An-Nur : 30-31 )
Ini kerana, melihat perempuan yang ajnabi telah dilarang, apatah lagi bersentuhan dengannya,lebih-
lebih lagi dilarang. Inilah yang telah disepakati oleh ulama’.
4. Hendaklah bebas dari memperkatakan sesuatu yang dapat merangsang nafsu syahwat.
Firman Allah swt :
32. . . ." Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya
dan ucapkanlah perkataan yang baik" ( suruh Al-Ahzab )
Bahkan,  digalakkan supaya memendekkan percakapan. Cukuplah sekadar yang  sepatutnya dan mengikut keperluan, disamping menjaga adab-adab.
* yang  dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah:  orang yang  mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti  melakukan zina @ perbualan yang berbaur lucah & meransangkan nafsu..
5.  Tidak boleh ada tujuan melihat ajnabi tanpa keperluan,seperti perempuan  memandang lelaki tanpa ada apa-apa hajat dan begitu juga sebaliknya.
Firman Allah swt :
30."  Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka  menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu  adalah lebih Suci bagi mereka,Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa  yang mereka perbuat".
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman:  "Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan kemaluannya . . ." ( surah  An-Nur : 30-31 )
6. Jika sekiranya perlu melihat, maka janganlah diiringi oleh nafsu syahwat.Ini kerana, ia akan membawa kepada mafsadah (kecelakaan) dan juga diharamkan oleh syara’.
Sabda Baginda saw :
Maksudnya  :" Janganlah kamu susuli satu pandangan dengan pandangan yang lain.  Pandangan yang pertama itu untuk engkau (tidak berdosa), dan yang kedua  tidak (iaitu engkau akan dihukum atas pandangan kali kedua tersebut)"  (  Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Darim )
7. Pihak lelaki dan perempuan mestilah cuba untuk memendekkan masa percampuran / ikhtilattersebut tanpa perlu memanjangkannya.
Ini  kerana, kebanyakan ikhtilat itu membawa kepada mafsadah, maka adalah  sewajarnya kita menjauhi dari terjatuh ke dalam mafsadah tersebut.
Sabda Rasulullah saw :
Maksudnya  : . . ." sebagaimana pengembala yang mengembala di sempadan/batasan,  dikhuatiri akan meragut di luar dari sempadan. Setiap raja itu ada  sempadan, dan sempadan Allah ituadalah perkara-perkara yang haram. . ." (  hadis riwayat Muslim )
8. Perlu dipastikan bahawa ikhtilat tersebut membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan.
 Maka  apabila telah sempurna syarat-syarat yang telah ditetapkan, HARUS lah  ikhtilat tersebut. Jika tidak, ia dilarang sama sekali. Bukan kerana  hukum asalnya haram, tetapi kerana tidak mencukupi syarat..
Kaedah usul fiqh : " Asal pada muamalat adalah mubah ( harus ) dan asal pada ikhtilat adalah haram ( dilarang )...
KHULWAH ( khalwat ) YANG DIHARUSKAN :
Khulwah  pula adalah : satu percampuran antara lelaki dengan perempuan yang  ajnabi, di suatu tempat yang jauh dari pandangan manusia. Maka bagi  khulwah ini, hukum asalnya adalah HARAM. Ini berdasarkan sabda Nabi  Muhammad
saw :
Maksudnya :" Tidak berdua-duaan  antara lelaki dan perempuan melainkan syaitan akan menjadi orangyang  ketiga, duduk di antara mereka". ( hadis riwayat Termizi )
Namun  begitu, bagi kes-kes yang tertentu yang dianggap dorurat atau ada  kepentingan-kepentingan tertentu yang mana sudah tidak boleh dielak, ia  dibenarkan (mubah). Seperti doktor yang merawat pesakit di bilik pesakit  jika mahram kepada pesakit itu tidak mampu hadir ketika rawatan  tersebut.
jadi sebagai penutup kalam ana ini...elakkan  diri dari ikhtilat/khalwat yang dilarang oleh islam...jauhi fitnah dunia  yang dikhuatiri menyebabkan kita terkena fitnah diakhirat  kelak...ingatlah wahai sahabat-sahabatku sekelian..seseungguhnya segala  apa amalan yang kita buat samada baik atau buruk,zahir atau batin  (tersembunyi),semuanya telah dicatat & akan dipertonton kepada kita  apabila kita dihisab oleh Allah taala kelak.. ( sebagai renungan bersama  ).
Apa yang baik,datangnya daripada Allah taala, &  apa yang lemah & kurang datangnya dari diri ana sendiri...ana mohon  jutaan kemaafan andai nukilan ana ni kurang menarik,susunan yang kurang  teratur & banyak kelemahan...dan kalau nukilan ana ini menyebabkan  ada yg kurang puas hati @ marah dengan ana..ana mohon jutaan  kemaafan,sesungguhnya ana tidak ada kait dengan sesiapapun..hanya sebagai  muhasabah dan peringatan bersama....
Wallahu taala A'lam.......
akhi shah...2.35 pm.
 
 
No comments:
Post a Comment