Friday, May 6, 2011

Mustahilkah Untuk Kita Melakukan Perubahan?

Sabar; satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.
Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.
Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".
Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286
Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.

 

Ujian Rasulullah


Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian  yang menimpa baginda sangat hebat.
Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya, disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.
Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi.
Ini belum lagi termasuk ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini, bermacam-macam ujiannya.
Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan  yang baginda hadapi.
Tapi ujian itu tidak  pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.
Cuba kita renungkan kembali  di zaman baginda s.a.w dahulu  tiada handphone, tiada facebook, tiada yahoo messenger dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat, Islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal Allah dan merasa indahnya iman.

Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.
Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai keimanan yang benar-benar mantap.
Begitu juga dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda.
Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?

 

Bicara tentang iman


Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.
Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNYA.

Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah, renungkanlah kembali.
Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya?
InsyaAllah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yag lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.
Tapi kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya macammana pula?
Jika begitu, kita perlu muhasabah kembali, mungkin  tanpa kita sedari ada hak-hak dengan Allah kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.
Dan jika dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia?
Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya.

 

Jadilah hamba yang bersyukur.


Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah  masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.
Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap  menunaikan solat  dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.
Dalam satu hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda  beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".

Yang baik itu datangnya dari ALLAH taala dan yang lemah lagi kurang datangnya dari diri ana sendiri...semoga dengan sedikit input dapat dikongsikan bersama sebagai muhasabah bersama...

salam perjuangan dari ana :

akhi shah...12.40 pagi / 6 mei 2011.

Thursday, May 5, 2011

IKHTILAT (PERCAMPURAN) ANTARA DUA JANTINA ( LELAKI & PEREMPUAN )

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...buat sahabat-sahabat ana sekelian..semoga dalam keadaan sihat walafiat & dalam rahmat Allah taala selalu...

Dengan kelapangan masa yang ada & sedikit ruang masa yang ana ada..ana ingin kongsi sedikit ilmu tentang ikhtilat ( pencampuran ) antara lelaki & wanita yang ajnabi..yakni mereka yang halal berkahwin..terus pada point ana..

Apa yang kita faham tentang konsep ikhtilat??apa hukum berikhtilat??

ikhtilat secara umumnya membawa maksud : percampuran diantara dua jantina disatu-satu tempat.ikhtilat ini adalah satu perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita,ia boleh berlaku samada di pasar,jalan raya,ketika bersolat di masjid.ketika sedang tawaf di Kaabah,ketika wukuf di Arafah,ketika melontar di Jamrah & lain-lain lagi...

Ikhtilat pada asalnya dibolehkan oleh syara’, tetapi dengan beberapa syarat. Jika tidak, maka
sulitlah kehidupan manusia seharian. Namun begitu, kita perlulah membezakan antara ikhtilat yang dibenarkan oleh syara' dan khulwah (khalwat) yang diharamkan..

Ikhtilat, sebagaimana yang telah kita sebutkan tadi, hukum asalnya adalah mubah (harus) bagi memudahkan kehidupan manusia. Tiada halangan padanya kecuali jika ia membawa kepada perkara yang diharamkan oleh syara'..

KHULWAH ( khalwat ) :

Sementara khulwah pula, ia bermaksud : percampuran antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (boleh dikahwini) di sesuatu tempat tanpa ditemani oleh mahram perempuan tersebut. Hukum asal bagi khulwah ini adalah HARAM, kecuali pada perkara yang dorurat. Tujuannya adalah untuk mengelak dari berlakunya fitnah.

khalwat antara lelaki & wanita adalah dilarang & haram hukumnya disisi syara'...khalwat xsemestinya hanya berlaku bila keluar dating  berdua-dua antara lelaki & perempuan,khalwat juga boleh berlaku dalam teknologi yang ada pada hari ini..contohnya melalui chatting di fb,mesej,yahoo mesengger,twitter & sebagainya...kenapa ana katakan demikian???sebab orang lain tidak mengetahui apa yang kita bual,borak bila kita sedang chatting dengan seseorang,dengan siapa kita berchatting,kita berbual??fitrah manusia memang lebih suka berbual atau berchatting dengan berlainan jantina,xperlulah kita nak menafikan ttg perkara ini..dengan teknologi yang ada pada masa kini..kita tidak sedar yang kita sering melakukan ikhtilat & khalwat yang jelas2 telah diharamkan oleh syara'...

cuba kita faham sedalamnya maksud ikhtilat/khalwat??seringkali kita faham bahawa ikhtilat berlaku bila keluar dating,bila berdua-duaan ditempat sunyi...tidak ke terfikir bila kita berchatting,berbual di fb,ym,berwebcam,mesej,tel & lain-lain lagi itu juga merupakan ikhtilat??khalwat??cuba kita renungkan balik tentang perkara ini...contoh kita tengok pasangan yang bercouple,walaupun ada yang xpernah keluar dating,mesti hal-hal yang ana sebutkan td pernah dilakukan...malah mgkin hampir setiap hari & setiap waktu...itu bagi pasangan yang bercouple,tapi bagi seseorang yang ingin mencari teman,mencari kawan melalui fb,ym & lain-lain lagi pun melakukan perkara yang sama juga...dan ana yakin,fitrah manusia memang lebih selesa berkawan dengan berlainan jantina,yang lelaki lebih suka berkawan,berbual dengan perempuan & si perempuan pun lebih tertarik & suka berbual dengan lelaki...dengan kemudahan canggih yang ada sekarang ini..walaupun jauh dimata,walaupun melalui alam maya...sekejap jer boleh menjadi dekat..contohnya webcam,setiap komputer pasti ada webcam...melalui webcam,manusia blh berikhtilat tanpa sedar.dan seringkali penggunaan webcam ini  digunakan dengan cara yang salah,contohnya,mula-mula nak kenal,mintak on webcam sbb nak kenal tuannya,lama-kelamaan menjadi 1 tabiat,yang si lelaki syok tengok si perempuan & si perempuan pun sama juga,syok duk tengok kehenseman yg pada si lelaki dan sebaliknya,sampai satu tahap ada ana terbaca dalam 1 artikel...berzina di alam maya...nauzibillahi min zalik..teknologi yang ada sekarang,jika kita tidak menggunakan ia dengan cara yang betul,akan membawa kita ke arah kebinasaan & tanpa kita sedar,kita sering melakukan ikhtilat yang diharamkan oleh syara'..

seterusnya ana ingin bentangkan syarat2 yg dibenarkan oleh syara' utk berikhtilat ( yakni dalam muamalat ),syarat-syarat yang perlu dipenuhi ialah :

1. Hendaklah perempuan tersebut memakai hijab dengan sempurna (Al-Hijab Al-Kamil), dan bagi lelaki pula, perlu menutup aurat.

Firman Allah swt :

"Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orangmukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" ( Surah Al-Ahzab : 59 )

2. Pihak perempuan perlu menjauhi dari memakai minyak wangi atau perhiasan yang dapat dilihat walaupun telah memakai hijab.

Firman Allah swt :

 " dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka. . " ( surah an-nur :31 )

Sabda Rasulullah saw :

Maksudnya :" Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian, lalu dia berjalan di hadapansesuatu kaum dan kaum tersebut menghidu wangiannya, maka dia telah berzina". ( hadis riwayat Tarmizi,An-Nasaie,Abu Daud,Ahmad & Ad-Darimi )


3. Hendaklah terhindar dari berlaku persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan ajnabi,
seperti berjabat tangan.

Firman Allah swt :

30." Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka,Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31." Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan kemaluannya..." ( surah An-Nur : 30-31 )

Ini kerana, melihat perempuan yang ajnabi telah dilarang, apatah lagi bersentuhan dengannya,lebih-
lebih lagi dilarang. Inilah yang telah disepakati oleh ulama’.



4. Hendaklah bebas dari memperkatakan sesuatu yang dapat merangsang nafsu syahwat.

Firman Allah swt :

32. . . ." Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya
dan ucapkanlah perkataan yang baik" ( suruh Al-Ahzab )

Bahkan, digalakkan supaya memendekkan percakapan. Cukuplah sekadar yang sepatutnya dan mengikut keperluan, disamping menjaga adab-adab.

* yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina @ perbualan yang berbaur lucah & meransangkan nafsu..


5. Tidak boleh ada tujuan melihat ajnabi tanpa keperluan,seperti perempuan memandang lelaki tanpa ada apa-apa hajat dan begitu juga sebaliknya.

Firman Allah swt :

30." Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka,Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan kemaluannya . . ." ( surah An-Nur : 30-31 )

6. Jika sekiranya perlu melihat, maka janganlah diiringi oleh nafsu syahwat.Ini kerana, ia akan membawa kepada mafsadah (kecelakaan) dan juga diharamkan oleh syara’.

Sabda Baginda saw :

Maksudnya :" Janganlah kamu susuli satu pandangan dengan pandangan yang lain. Pandangan yang pertama itu untuk engkau (tidak berdosa), dan yang kedua tidak (iaitu engkau akan dihukum atas pandangan kali kedua tersebut)"  ( Hadis riwayat Ahmad dan Ad-Darim )


7. Pihak lelaki dan perempuan mestilah cuba untuk memendekkan masa percampuran / ikhtilattersebut tanpa perlu memanjangkannya.

Ini kerana, kebanyakan ikhtilat itu membawa kepada mafsadah, maka adalah sewajarnya kita menjauhi dari terjatuh ke dalam mafsadah tersebut.

Sabda Rasulullah saw :

Maksudnya : . . ." sebagaimana pengembala yang mengembala di sempadan/batasan, dikhuatiri akan meragut di luar dari sempadan. Setiap raja itu ada sempadan, dan sempadan Allah ituadalah perkara-perkara yang haram. . ." ( hadis riwayat Muslim )


8. Perlu dipastikan bahawa ikhtilat tersebut membawa lebih banyak kebaikan dari keburukan.

 Maka apabila telah sempurna syarat-syarat yang telah ditetapkan, HARUS lah ikhtilat tersebut. Jika tidak, ia dilarang sama sekali. Bukan kerana hukum asalnya haram, tetapi kerana tidak mencukupi syarat..

Kaedah usul fiqh : " Asal pada muamalat adalah mubah ( harus ) dan asal pada ikhtilat adalah haram ( dilarang )...


KHULWAH ( khalwat ) YANG DIHARUSKAN :

Khulwah pula adalah : satu percampuran antara lelaki dengan perempuan yang ajnabi, di suatu tempat yang jauh dari pandangan manusia. Maka bagi khulwah ini, hukum asalnya adalah HARAM. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad
saw :

Maksudnya :" Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan melainkan syaitan akan menjadi orangyang ketiga, duduk di antara mereka". ( hadis riwayat Termizi )

Namun begitu, bagi kes-kes yang tertentu yang dianggap dorurat atau ada kepentingan-kepentingan tertentu yang mana sudah tidak boleh dielak, ia dibenarkan (mubah). Seperti doktor yang merawat pesakit di bilik pesakit jika mahram kepada pesakit itu tidak mampu hadir ketika rawatan tersebut.

jadi sebagai penutup kalam ana ini...elakkan diri dari ikhtilat/khalwat yang dilarang oleh islam...jauhi fitnah dunia yang dikhuatiri menyebabkan kita terkena fitnah diakhirat kelak...ingatlah wahai sahabat-sahabatku sekelian..seseungguhnya segala apa amalan yang kita buat samada baik atau buruk,zahir atau batin (tersembunyi),semuanya telah dicatat & akan dipertonton kepada kita apabila kita dihisab oleh Allah taala kelak.. ( sebagai renungan bersama ).

Apa yang baik,datangnya daripada Allah taala, & apa yang lemah & kurang datangnya dari diri ana sendiri...ana mohon jutaan kemaafan andai nukilan ana ni kurang menarik,susunan yang kurang teratur & banyak kelemahan...dan kalau nukilan ana ini menyebabkan ada yg kurang puas hati @ marah dengan ana..ana mohon jutaan kemaafan,sesungguhnya ana tidak ada kait dengan sesiapapun..hanya sebagai muhasabah dan peringatan bersama....

Wallahu taala A'lam.......


akhi shah...2.35 pm.